Ministry of Culture, Community and Youth Committee of Supply 2020 – Cuts by WP MPs and NCMPs

(Delivered on 6 March 2020)

Muslim Marriages – Muhamad Faisal Abdul Manap

Tuan, saya ingin bertanya kepada Menteri berapakah bilangan permohonan yang diterima oleh Mahkamah Syariah Singapura untuk (i) perceraian dan (ii) bagi mendapatkan kaunseling, setiap tahun antara 2017 hingga 2019. Dan dari jumlah permohonan ini, berapakah bilangan permohonan yang telah berakhir dengan perceraian.

Kedua, harap menteri juga dapat berkongsi tiga sebab atau faktor utama yang menyebabkan berlakunya perceraian rumahtangga dikalangan masyarakat Islam Singapura dalam tempoh yang disebut awal tadi.

Tuan, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) telah melancarkan program ‘Bersamamu’ pada bulan Mei 2019. Program ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan yang holistik kepada pasangan muslim sebelum dan selepas mereka berumah tangga.

Saya ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai program ini dari Menteri.

 

MUIS Appeal Board – Muhamad Faisal Abdul Manap

Tuan, saya ingin mendapatkan fakta-fakta yang berikut dari Menteri.

Berapakah jumlah tahunan kes-kes rayuan yang diterima oleh pihak MUIS Appeal Board berkenaan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Singapura bagi kes-kes perceraian bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 dan apakah isu-isu utama yang menjadi sebab rayuan?

Dari jumlah kes-kes rayuan yang dilaporkan ini, berapakah kes-kes yang dilaporkan oleh pihak bekas suami dan berapakah dari pihak bekas isteri?

Tuan, selama empat tahun pengalaman saya sebagai seorang kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling Mahkamah Syariah, ‘Marriage Counselling Programme’ (MCP), saya telah menerima maklum-balas dari sebilangan para suami dan juga bekas suami yang berpandangan bahawa pihak Mahkamah Syariah Singapura seolah-olah lebih memberatkan ‘Women Charter’ dalam proses pertimbangan mereka semasa membuat sesuatu keputusan. Malah hingga kini, saya masih sesekali menerima maklum balas yang serupa dari beberapa penduduk saya dan juga orang awam.

Tuan, saya ingin mendapatkan pandangan dan pencerahan Menteri tentang isu ini.

 

FIFA World Cup 2034 – Muhamad Faisal Abdul Manap

In August 2019, it was reported in the media that Vice-president of Football Association of Singapore (FAS), Mr Edwin Tong, mentioned that “FIFA World Cup in 2034 would be a “realistic” goal for Singapore”.

Following this good news, I had filed a Parliamentary question in September 2019 on the matter. I asked the Ministry of Culture, Community and Youth (MCCY), what are the Football Association of Singapore (FAS) strategic plans in working towards achieving its goal for Singapore’s football national team to qualify for Fifa World Cup in 2034.

The ministry replied as follow, “The Ministry of Culture, Community and Youth welcomes our Team Singapore athletes and sports associations to strive for excellence, and supports them in realising their goals. We look forward to hearing from the FAS on their plan to achieving their stated goal, and how the football fraternity, community and the Government can support them in their efforts”.

I have been looking forward and waited since September 2019 for updates from the Football Association of Singapore or MCCY. This time around I do hope to hear some positive sharing from the Ministry on the matter.